Tuesday, August 19, 2008

Aku kesepian..

Salam..

Teman betul2 kesepian sejak semalam (18/8/08). Nur Kasih kursus seminggu kat IPIS Bangi.'Teman2 ketawa' dah berhijrah dari kolej.Teman yg masih kekal 'EL' la pulak. Kebiasaannya sebelum kelas, teman akan bersarapan sambil 'update' isu semasa kolej.Tp sejak pagi semalam, tiada siapa yang boleh di ajak sarapan.Akibatnya teman postponed sarapan ke lunch time.

Waktu lunch, terus menuju ke staff lounge dengan andaian ada rakan2 lain. Hampa buat kali kedua kerana tiada siapa.Hampir selesai makan, muncul Amir Rashidi (SBS) join makan sambil menonton buletin 1.30. Terubat sikit hati yg 'lonely'.

Petangnya, selepas solat,teman punch out dan pulang untuk ambik anak kat rumah babby sitter. Dalam kereta, teman sebak bila perhatikan wajah kedua2 hero teman. "Kesian anak2 abi".Masuk je MMR2 jalan jem teruk sangat. Tak tahu puncanya.Setibanya depan Giant Bt Caves, tiba2 Amirul ajak singgah. Memandangkan jem + Ammar akan nangis nanti, teman pun singgah.First time datang Giant tanpa Nur Kasih.

Teman tiba rumah jam 7.50. selepas teman solat maghrib. teman suap anak2 makan nasi kuah sup daging sambil dengar Buletin Utama. Nur Kasih sempat menatap wajah anak2 melalui vedio call. Tu pun 2 minit je coz dia ada kelas 8-10 malam. Amirul sakat adik pulak. Teman marah la dia tapi pujuk sambil justify kenapa teman marah. Jam 10 malam, Ammar gosok mata tandanya nak tidur. Selepas bancuhkan susu,kami pun masuk tidur.Amirul sakat adik dia lagi. Kene marah lagi. Tiba2 dia cakap"Abi,jom abi umi". Dia terasa kot. Teman terus peluk dia sambil menahan sebak..Rupa2nya dia tak nak tidor. Teman ajak dia main badminton dalam bilik lain. Ada improvement. Amirul berjaya memukul bulu tangkis. Teman bangga dengan dia. Pastu baru la dia tidur. Pas solat Isyak teman ingat nak membaca tapi memikirkan si adik akan 'mangganggu' tidur teman malam ni, maka teman pun tidur selepas berbual melepaskan rindu ngan Nur Kasih.

Sepi la...

6 comments:

Hiswadi Anuar said...

Salaam Bro,

Ishk2, sedih betoi dengar entry kali ni..rutin dipagi hari dah tak dilalui..tapi tidak mengapa..itu adalah kitaran hidup yang pasti dilalui oleh semua orang..

InsyaALLAH ada kelapangan saya akan menjenguk abg disana..

Semoga akan terus berjaya di dunia IIC..penuh pancaroba..

Tata

azehri said...

Huihh..sebak tu kalau aku di tempat ko...

Memula pasal kehilangan teman-teman ketawa. Harap aku dlm list tu.

Keduanya pasal melayani anak tanpa isteri di sisi...dpt ku rasakan feelnya...

Ketiganya...gersang ke?????hehehhe

Rentap Iban said...

Takpa lah sheikh, bersusah dahulu, bersenang kemudian..Semuanya ujian Allah yang maha Esa...
p/s lpas raya nie ana bjang balik jgak

azehri said...

Izwan, feel free to visit:

http://banturakan.com/?ref=saiful


TQ

JALAN REBUNG said...

salam org telu intan,

sedih pulak aku baca ..jangan la risau aku still ada kat sini ...

el terpaksa ambik ...yang pergi tetap akan pergi ...yang ada ni la kita nak kena rapat-rapatkan ..

z'kea m.s said...

Takpe izwan.. kesepian akan buat kita semakin menghargai apa yang kita miliki selama ini.. esp. teman hidup.. rakan-rakan.. sahabat.. At least anak-anak ada untuk dilayani keletahnya kann..