Friday, July 25, 2008

Ibu...

>
> Renungkanlah kwn2...
>
> Orang kata aku lahir dari perut ibu..
> Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
> Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
> Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
> Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
> Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
> Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
> Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
> Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
> Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
> Bila nakal, yang memarahi aku ...ibu
> Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
> Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
> Bila takut... yang tenangkan aku .. ibu
> Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu
>
>
> Aku selalu teringatkan ..Ibu
> Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
> Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu...Ibu
> Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
> Bila takut, aku selalu panggil..
> "ibuuuuuuuuuuuuu!"
> Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
> Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
> Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
> Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
> Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
> Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
> Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
> Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
> Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
> Yang selalu puji aku.. Ibu
> Yang selalu nasihat aku.. Ibu
> Bila nak kahwin..
> Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu
>
>
> Aku ada pasangan hidup sendiri
> Bila seronok... aku cari pasanganku
> Bila sedih... aku cari Ibu
> Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
> Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
> Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
> Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
> Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
> Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
> Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada
> pasanganku
> Bila sambut hari ibu...
> aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
> Selalu ..... aku ingat pasanganku
> Selalu... Ibu ingat kat aku
> Bila..bila... aku akan talipon pasanganku
> Entah bila.. ...aku nak talipon Ibu
> Selalu ...aku belikan hadiah untuk pasanganku
> Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Wednesday, July 23, 2008

Rumah Baru Teman

Salam Rejab buat kawan2..

Dua minggu lepas teman gi tengok rumah baru teman beli kat Setia Alam, Shah Alam.
InsyaAllah Sept ni dpt kunci..hujung tahun bole masuk umah..

berita baik - teman da ada umah sendiri.
berita kurang baik - teman n isteri da kene bayar RM 1150 sebulan.

Rumah teman ni dekat ngan sekolah rendah, tadika, surau, TESCO, Giant. Memang sesuai la utk teman yg da berkeluarga ni.sapa berminat teman bole share experience n panduan2 asas nak beli umah he.

Mula2 (pada 2006) takut jugak nak beli, tp bincang balik ngan nur kasih (isteri tercinta) teman, akhirnya kami buat keputusan utk beli umah tu.

Teman rasa tahun depan baru masuk kot. teman nak mintak kwn2 bg idea menarik utk hias rumah ni.


sekian wassalam, adios

Wednesday, July 16, 2008

lama tak terlibat ...pastu

salam kengkawan,

ari ni teman bz bebeno, da lama x involve dlm taaruf day.
dulu (2005-2007) almost every sunday bertugas sambut parent n new student,
pastu kene dengar complaint, pastu kene bambu ngan bos, pastu student withdraw iic coz x puas hati pasal hostel,pastu kene marah ngan bos lg, pastu hostel operator x puas hati, bas buat masalah, pastu ....mcm2 ada, he

27 july 08 ni teman jd director taaruf, di bantu oleh rentapiban (rentapiban.blogspot)..Pak Rizal (at Jalan Rebung) pun ada to dia kene visit practical training sudent la pulak, baru nak bekerjasama.. tp x pa, teman selalu breakfast n lunch ngan Pak Rizal.

td coordination meeting, oleh kerana teman ikan bilis, maka ramai la ikan jerung x dtg, x pa, teman paham, masing2 bz..

pastu teman ngan rentap iban isi form order makanan, hantar memo2 yg bkaitan, pastu lunch,pastu solat,pastu kelas..

tentatif x siap lg..mesin fotostat kat bawah tu rosak pulak..kene fotostat kat admin or acad la, tp kene tunggu abis ofis hour la pulak

x pa kengkawan, nanti teman tulis lg, nak sambung keje la

adios

Monday, July 14, 2008

hidung tersumbat, nafas berbau...

Salam,
Semalam (14/7/08), teman gi ziarahadik ipar teman kat PUSRAWI KL. Dia baru lepas operation hidung.

Rupa2nya dia ada problem hidung tersumbat dan nafas berbau yg kurang menyenangkan.
Alhamdulillah dpt detect awal.2 jam lebih jugak la kat dalam OT.

Kpd kome yg ada simptom yg sama, sila buat pemeriksaan doktor dgn segera.

Teman pun hidung tsumbat gak... nak gi check la,

ok adios

Wednesday, July 9, 2008

Robert D. Ramsey kata...

Tips ini menurut Robert D. Ramsey jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers Adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;

1.. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.. . Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh . Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8... Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali .

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda . Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..

15.. Hargailah permainan kesayangan anak anda . Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound
effect sahaja . Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..

20.. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda .

Tuesday, July 8, 2008

selayang hot springs



salam kome,

teman masih ingat lagi masa time belum kawin(2003-2004), selalu datang berendam kat air panas selayang ni (gambar)

bro rosman yg intro kat teman ngan kengkawan(sepul, naim, kamal)

masa tu teman jadi warden kat asrama putera bukit lela, gombak

asal malam weekend je, bro rosman dtg ajak kami,sepul yg setia.. teman suka tido awe, kekenyangan coz hj yusuf bkt lela hidang lauk2 yg sedap.

dulu tak kene bayor, skrg da kene bayor coz tempat tu da ada penjaga n terkenal. dulu lampu pun x de, mana ada car park, sewa baldi n public toilet.

pada kengkawan yg di ingati, bila la lagi kita bole gi mandi sama2 kat situ yek

OK, adios.

Saturday, July 5, 2008

mee rebus mastan ghani


salam,
kalau kome berada di teluk intan, dan berasa lapar,
sila la singgah makan mee rebus mastan ghani...sedaap..banyak n murah lak tu,
kuah dia pun mantap, pekat n likat
setahu teman ada 2 cawangan, satu kat pekan t.intan dan satu lg kat tmn ros (t.intan gak)
kedai ni da lama beroperasi, sejak zaman bapak teman muda2 dulu, skrg bapak teman da pencen
adios

Friday, July 4, 2008

Usrati

isteri tercinta dan anak2 sempat bergambar di lobi Bidara Puteri Beach Resort masa program Ibadah Camp IIC.

masa tu aku bz as head comm PC, tp enjoy la coz kawan2 join skali walaupun kene keje time weekend.

tak sangka IIUM holdings (majikan aku) ada resort tepi laut kat tg kling melaka.

ok, jumpa lagi

MENARA KU


Saya orang teluk intan sejati .....
IZWAN

HELLO ALL

This is my first effort to join the blogging community.

TQ