Wednesday, August 27, 2008

Rutin Harianku

6.00 Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, terus mandi (lagu kanak2)
7.00 Bertolak ke Sek Taman Sri Sinar (Segambut)
7.30 Bertolak ke Sg Chincin (rumah baby sitter)
8.00 Bertolak ke Taman Batu Muda (tempat cari rezeki)

8.30 - 5.30 Mencari rezeki yang halal.

5.45 Solat Asar, Punch Out
6.15 Tiba di Sg. Chincin (ambik anak2)
6.45 Tiba di Bandar Sri Damansara (rumah teman) - kalau MRR2 tak jam

7.30 Maghrib di surau (berjamaah sambil jumpa jiran tetangga)
8.00 - 9.00 Mengajar anak2 jiran Tilawah al Quran
9.00 - 10.00 Family time
10.00 - 11.00 Tidurkan anak2 (kadang2 tertidur)

Selain Sabtu & Ahad,

Berapa lama dalam sehari teman spent masa bersama anak2 n isteri? berada di jalan raya? bersosial n bermasyarakat? boleh membaca n manulis thesis MA.

Anda bagaimana?Mcm mana yg jadikan rutin ini "luar biasa"

Tuesday, August 19, 2008

Aku kesepian..

Salam..

Teman betul2 kesepian sejak semalam (18/8/08). Nur Kasih kursus seminggu kat IPIS Bangi.'Teman2 ketawa' dah berhijrah dari kolej.Teman yg masih kekal 'EL' la pulak. Kebiasaannya sebelum kelas, teman akan bersarapan sambil 'update' isu semasa kolej.Tp sejak pagi semalam, tiada siapa yang boleh di ajak sarapan.Akibatnya teman postponed sarapan ke lunch time.

Waktu lunch, terus menuju ke staff lounge dengan andaian ada rakan2 lain. Hampa buat kali kedua kerana tiada siapa.Hampir selesai makan, muncul Amir Rashidi (SBS) join makan sambil menonton buletin 1.30. Terubat sikit hati yg 'lonely'.

Petangnya, selepas solat,teman punch out dan pulang untuk ambik anak kat rumah babby sitter. Dalam kereta, teman sebak bila perhatikan wajah kedua2 hero teman. "Kesian anak2 abi".Masuk je MMR2 jalan jem teruk sangat. Tak tahu puncanya.Setibanya depan Giant Bt Caves, tiba2 Amirul ajak singgah. Memandangkan jem + Ammar akan nangis nanti, teman pun singgah.First time datang Giant tanpa Nur Kasih.

Teman tiba rumah jam 7.50. selepas teman solat maghrib. teman suap anak2 makan nasi kuah sup daging sambil dengar Buletin Utama. Nur Kasih sempat menatap wajah anak2 melalui vedio call. Tu pun 2 minit je coz dia ada kelas 8-10 malam. Amirul sakat adik pulak. Teman marah la dia tapi pujuk sambil justify kenapa teman marah. Jam 10 malam, Ammar gosok mata tandanya nak tidur. Selepas bancuhkan susu,kami pun masuk tidur.Amirul sakat adik dia lagi. Kene marah lagi. Tiba2 dia cakap"Abi,jom abi umi". Dia terasa kot. Teman terus peluk dia sambil menahan sebak..Rupa2nya dia tak nak tidor. Teman ajak dia main badminton dalam bilik lain. Ada improvement. Amirul berjaya memukul bulu tangkis. Teman bangga dengan dia. Pastu baru la dia tidur. Pas solat Isyak teman ingat nak membaca tapi memikirkan si adik akan 'mangganggu' tidur teman malam ni, maka teman pun tidur selepas berbual melepaskan rindu ngan Nur Kasih.

Sepi la...

Monday, August 18, 2008

Balik Teluk Intan..

Salam Sya'ban.
Sabtu lepas (16/6/08) teman balik Teluk Intan.Cousin teman kawin.'Lawan'nya org KL, keje Exxon mobil.Cousin teman keje kat Shell. Teman agak diorang ni jumpa kat pelantar kot. Kalau tak pun kat stesen minyak kot. So teman gelar diorang ni 'pasangan orang minyak'.
Setelah selesai majlis, teman bawak Amirul jalan2 pekan Teluk Intan tengok Menara Condong, Batu Bertenggek dan pelantar nelayan (tepi Sg. Perak.).Lagi pun bonda nak tengok kain langsir untuk majlis pertunangan adik teman (lepas raya ni).Nur Kasih x ikut coz Ammar tidur kepenatan.Teman singgah kat pelantar dengan niat nak cari lokasi cincin mak intan yg jatuh kat tepi Sg Perak.Tetap tak berjaya.Punya la seronok Si Mirul bila pelantar bergoyang apabila bot nelayan lalu. "Abi, abang nak mandi bole?"Teman jawab"bole tapi abang tak bawak pelampung kan?, bahaya la bang". Akhirnya Amirul akur.
Sambil menunggu bonda memborong kat pasar malam,teman sempat bersembang dengan brother2 nelayan yg tengah berehat selepas mengharungi arus sungai.Teman 'refresh' beberapa dialek Perak. Antaranya ialah Ngigo (mengigau), hanco (hancur), polih meren (polis merin),tak sior (tak mahu), sekor (seorang) dll.
Teman sempat tanya mengenai kesahihan kisah Mak Intan. Mereka mengiyakannya. Selepas itu "deme"(them) sentuh isu harga diesel sampai la ke isu permit untuk convert bangunan jadi sarang burung layang2. Semuanya memberi pandangan negatif mereka terhadap pihak berkuasa tempatan. Memang teman nampak sebuah bangunan usang di seberang sungai yang di jadikan sarang burung layang2. Menurut deme lesen tersebut dikeluarkan kepada seorang taukeh berbangsa Cina. Deme kata ada lagi satu kat rumah kedai di sebuah pekan kecil dalam daerah yang sama.Teman bertindak sebagai pemerhati je. Selepas 10 minit teman pun beredar.Teman tahu, itu hanyalah sekadar tajuk untuk bertemu sesama mereka.
Yang penting teman rasa best balik kampung. Amirul kata"Nak balik Tolok Intan bole bi?

Wednesday, August 13, 2008

Asal usul Teluk Intan

Riwayat 1
Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini tukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.

Riwayat 2

Nama asalnya Teluk Mak Intan.Seorang gadis bernama Intan dari sebuah keluarga keturunan Sumatera yang berpengaruh. Bapanya berulang-alik dari Sumatera ke sini untuk berniaga kain batik. Gadis ini mandi di tebing Sungai Perak bersama-sama rakan-rakannya. Cincin pemberian ibunya telah tenggelam dan lenyap di dalam lubuk Sungai Perak. Sejak itu diberi nama Teluk Mak Intan . Kemudiannya Telok Mak Intan telah di tukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu...Wallahu a'lam.

Monday, August 11, 2008

Cerminku retaaak..seribu

Salam,

Sabtu (9/8/08) teman kene duga (cobaaan). cermin keta Gen 2 teman retak seribu (cermin tingkap depan+kiri).

Begini kisahnya..Teman ambik Nur Kasih balik sekolah, pastu kami pergi kenduri kahwin di Segambut. On the way balik umah, kat MRR2 sblm "kwsn main layang2." seketul batu melantun dari sebuah lori.Apalagi,mengelabah la teman coz Nur Kasih dan Ammar Aiman (si adik) dok kat bahagian tu. Teman pun coolkan diorg dulu. Mulanya nak marah driver lori tu, tp pikir balik bukan salah dia.Maka, teman teruskn perjalanan.

Ameerul Husiani (si abang) mcm biasa non stop tanya soalan pasal cermin tu.He..teringat kat iklan"burung apa....murai".Petang tu teman cari workshop yg bagi harga paling murah. Ada yg letak harga RM180, RM150.RM130 tanpa upah pasang..Last skali jumpa workshop Melayu yg letak harga RM 145 siap pasang.

Ingatkan naik motor bulan ni dpt jimat RM150, tetapi teman kene bayar RM145 utk cermin tu. Firman Allah"Kita merancang, Allah merancang..perancangan Allah yang terbaik'
Sadaqallahu al 'azim.

Monday, August 4, 2008

Lagu Warisan

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yg sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi di pijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan Gagah di Nusantara (3x)

Sunday, August 3, 2008

Hari Ini dalam Sejarah

Salam.

Ari ni (4/8/08), teman buat sesuatu yg luar biasa dalam rutin harian.Sejak 2005, teman pergi n balik keje naik keta. (75 km =RM15 petrol sehari).

Buat pertama kali teman naik motor ke kolej..Kononnya nak jimat petrol. Maklum la, terkesan ngan kenaikan harga petrol n harga barang.

Dari umah (Sri Damansara) td, teman naik kreta coz hantar Nur Kasih teman ke Sek Tmn Sri Sinar kat Segambut.pastu baru hantar anak2 ke Sg Chincin (dekat UIA Gombak)..Sampai je td, teman terus parking keta kat umah baby sitter n naik motor ke kolej. Teman cuba minimize penggunaan petrol RM 5 sehari.(RM150 sebulan)..

Masa perjalanan pun singkat. Kalau naik keta, dr Sg Chincin, kene pusing UIA, jem kat Kian Joo factory lg, berenti kat traffic light..20 minit jugak la baru smpai kolej.. naik motor td 10 minit da sampai coz ikut "short cut". Dpt spend 10 minit ngan anak2..10 minit tu berharga tau.

Teman buat keputusan ini coz
a. Duit petrol mencecah RM 500 sebulan. Kesannya "short" byk duit poket.Sblm harga naik, RM350 je.

b.September ni nak kene bayar penuh umah kat Setia Alam.(sblm ni byr progress je coz under construction).

c. Teman x nak pindahkan anak2 ke baby sitter lain. susah tau nak dapat org yg kita yakin n puas hati jaga anak2 kita.

d. Yg paling penting, teman nak pastikn Nur Kasih n anak2 selamat smpai ke destinasi. so, wajibkan diri teman hantar diorang..tanggungjawab tau. amanah ni Allah yang bagi.

Jiran2 kat umah baby sitter td tengok pelik kat teman.. biasanya naik keta tp ari ni naik motor..
Segan jugak teman..apa la diorg ckp sesama diorang. misalnya"org ni da abis duit ke awal2 bulan?org ni x bayar duit kete ke,simpan kete kat sini?.org ni parking kete kat sini, mcm mana aku nak parking kete aku?..adoi..

OK la, semoga kisah teman menjadi teladan buat pembaca sekalian.. adios