Wednesday, August 13, 2008

Asal usul Teluk Intan

Riwayat 1
Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini tukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.

Riwayat 2

Nama asalnya Teluk Mak Intan.Seorang gadis bernama Intan dari sebuah keluarga keturunan Sumatera yang berpengaruh. Bapanya berulang-alik dari Sumatera ke sini untuk berniaga kain batik. Gadis ini mandi di tebing Sungai Perak bersama-sama rakan-rakannya. Cincin pemberian ibunya telah tenggelam dan lenyap di dalam lubuk Sungai Perak. Sejak itu diberi nama Teluk Mak Intan . Kemudiannya Telok Mak Intan telah di tukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu...Wallahu a'lam.

3 comments:

JALAN REBUNG said...

apa kata citer asal usul orang teluk intan pulak ???

MR. CAMPRO said...

Saya sokong!!!

kamal said...

salam, joe...apa crita huhuhu... baguih gak hang crita pasai Teluk Intan. bapak aku pun org teluk intan gak. aku keja pun kat INTAN ...HAHAHAAHHA. Salam raya sahabatku.