Monday, August 18, 2008

Balik Teluk Intan..

Salam Sya'ban.
Sabtu lepas (16/6/08) teman balik Teluk Intan.Cousin teman kawin.'Lawan'nya org KL, keje Exxon mobil.Cousin teman keje kat Shell. Teman agak diorang ni jumpa kat pelantar kot. Kalau tak pun kat stesen minyak kot. So teman gelar diorang ni 'pasangan orang minyak'.
Setelah selesai majlis, teman bawak Amirul jalan2 pekan Teluk Intan tengok Menara Condong, Batu Bertenggek dan pelantar nelayan (tepi Sg. Perak.).Lagi pun bonda nak tengok kain langsir untuk majlis pertunangan adik teman (lepas raya ni).Nur Kasih x ikut coz Ammar tidur kepenatan.Teman singgah kat pelantar dengan niat nak cari lokasi cincin mak intan yg jatuh kat tepi Sg Perak.Tetap tak berjaya.Punya la seronok Si Mirul bila pelantar bergoyang apabila bot nelayan lalu. "Abi, abang nak mandi bole?"Teman jawab"bole tapi abang tak bawak pelampung kan?, bahaya la bang". Akhirnya Amirul akur.
Sambil menunggu bonda memborong kat pasar malam,teman sempat bersembang dengan brother2 nelayan yg tengah berehat selepas mengharungi arus sungai.Teman 'refresh' beberapa dialek Perak. Antaranya ialah Ngigo (mengigau), hanco (hancur), polih meren (polis merin),tak sior (tak mahu), sekor (seorang) dll.
Teman sempat tanya mengenai kesahihan kisah Mak Intan. Mereka mengiyakannya. Selepas itu "deme"(them) sentuh isu harga diesel sampai la ke isu permit untuk convert bangunan jadi sarang burung layang2. Semuanya memberi pandangan negatif mereka terhadap pihak berkuasa tempatan. Memang teman nampak sebuah bangunan usang di seberang sungai yang di jadikan sarang burung layang2. Menurut deme lesen tersebut dikeluarkan kepada seorang taukeh berbangsa Cina. Deme kata ada lagi satu kat rumah kedai di sebuah pekan kecil dalam daerah yang sama.Teman bertindak sebagai pemerhati je. Selepas 10 minit teman pun beredar.Teman tahu, itu hanyalah sekadar tajuk untuk bertemu sesama mereka.
Yang penting teman rasa best balik kampung. Amirul kata"Nak balik Tolok Intan bole bi?

No comments: