Thursday, October 9, 2008

Mana Yang Lain?


Semalam (8/10/08), teman berkesempatan solat Maghrib di surau. Semenjak Isnin (6/8/08), teman teringin nak solat Maghrib di surau tapi demi menegakkan sunnah rasul SAW,teman dan Nur Kasih di rumah je selepas berbuka puasa (puasa 6).
Setibanya di pintu surau, teman hanya 3 jemaah sahaja yang kelihatan. Mana yang lain?Selepas solat sunat, tuan bilal meninjau ke luar surau. Namun hanya 5 orang jemaah yang sudi bersama kami.Mana yang lain?Selepas Iqamah, tuan imam melewatkan langkah ke sejadah. Mungkin masih menaruh harapan makmum lain akan datang selepas mendengar iqamah.Sangkaan si imam meleset. Mana yang lain? Tidak semeriah bulan Ramadhan yang lalu. Saf jemaah bersambung hingga ke luar corridor surau. Kaum Hawa dan kanak2 turut hadir mengimarahkan surau.Selepas Syawal menjelang, mana yang lain?

Teman teringat antara tanda2 Akhirat menjelang ialah makmum semakin berkurangan masjid yang besar nan indah. Nabi SAW pernah bersabda "Allahummahdi qaumi fainnahum la ya' lamun". Mana yang lain?

3 comments:

Rentap Iban said...

sama jugak sheikh kat tempat ana..Time puasa punyerlah ramai..seolah2 perkara wajib..Bile ader yang tak gi terawih pandang slack jer.. Bila dah abis puasa, bayang muka pun tak nampak...

abumuadz said...

Itulah insan..yang sentiasa LUPA:)..

madelynaque said...

888casino Review | Is 888casino Legit or a Scam? - Dr.Depo
888casino Review · Detailed 속초 출장안마 Review · All the Games and Bonuses 삼척 출장샵 · Support 성남 출장샵 · Customer 남원 출장안마 Support · 세종특별자치 출장샵 Support.