Friday, October 10, 2008

Istana Udara MAS









Salam Jumaat semua.

Tadi teman membelek majalah "Anjung Seri" sambil menunggu giliran ke kaunter.Teman bank in duit raya anak2 dan isteri. Teman nsk berjinak2 ngan Anjung Seri coz nak cari idea nak design interior rumah Setia Alam.Al maklum la, baru dapat kunci rumah baru, he.

Apabila teman turn to page 34, teman nampak gambar2 kat atas (gambar hiasan). malah lebih cantik dari itu di ruang dalaman pesawat MASTAR. MASTAR ni milik MAS, harga dia tidak dinyatakan pulak. Kepada individu atau syarikat yg berminat, sewanya RM27,000 sejam. (tu pada 2000) Almarhum Yang Di Pertuan Agong Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempat menaiki jet ni ke Sukan Olympic Sydney 2000.Ini semua adalah idea Tan Sri Tajuddin Ramli, mantan Pengerusi MAS
Teman takjub la. Ada duit semua jalankan?Teman harap cukup la sebuah je pesawat tu. Teman risau takut2 tidak di pakai dan di maintain. Membazir dan Bahaya. Teman tak nak jadi saudara Syaitan. Teman tak nak letak diri di dalam situasi yg bahaya dan boleh membinasakan teman sekeluarga. Wal 'iyazu billahi min zalik.Amin.

Thursday, October 9, 2008

Mana Yang Lain?


Semalam (8/10/08), teman berkesempatan solat Maghrib di surau. Semenjak Isnin (6/8/08), teman teringin nak solat Maghrib di surau tapi demi menegakkan sunnah rasul SAW,teman dan Nur Kasih di rumah je selepas berbuka puasa (puasa 6).
Setibanya di pintu surau, teman hanya 3 jemaah sahaja yang kelihatan. Mana yang lain?Selepas solat sunat, tuan bilal meninjau ke luar surau. Namun hanya 5 orang jemaah yang sudi bersama kami.Mana yang lain?Selepas Iqamah, tuan imam melewatkan langkah ke sejadah. Mungkin masih menaruh harapan makmum lain akan datang selepas mendengar iqamah.Sangkaan si imam meleset. Mana yang lain? Tidak semeriah bulan Ramadhan yang lalu. Saf jemaah bersambung hingga ke luar corridor surau. Kaum Hawa dan kanak2 turut hadir mengimarahkan surau.Selepas Syawal menjelang, mana yang lain?

Teman teringat antara tanda2 Akhirat menjelang ialah makmum semakin berkurangan masjid yang besar nan indah. Nabi SAW pernah bersabda "Allahummahdi qaumi fainnahum la ya' lamun". Mana yang lain?

Wednesday, September 24, 2008

RM 11 jer


Salam Laylatul Qadr.


Semalam (24/9/08) teman tukar minyak hitam motor kat Greenwood. Setelah 5 tahun tak pakai motor, terkejut teman bila pomen tu kata RM11 termasuk upah.Minyak hitam Gen 2 teman paling murah pun RM80. Berbaloi rasanya ambik motor dari kampung. jimat duit. full tank RM8 je, service pun murah.Semalam harga petrol turun lagi RM0.10. Alhamdulillah. Pasni turun la lagi ya Pak Lah.

Wednesday, August 27, 2008

Rutin Harianku

6.00 Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, terus mandi (lagu kanak2)
7.00 Bertolak ke Sek Taman Sri Sinar (Segambut)
7.30 Bertolak ke Sg Chincin (rumah baby sitter)
8.00 Bertolak ke Taman Batu Muda (tempat cari rezeki)

8.30 - 5.30 Mencari rezeki yang halal.

5.45 Solat Asar, Punch Out
6.15 Tiba di Sg. Chincin (ambik anak2)
6.45 Tiba di Bandar Sri Damansara (rumah teman) - kalau MRR2 tak jam

7.30 Maghrib di surau (berjamaah sambil jumpa jiran tetangga)
8.00 - 9.00 Mengajar anak2 jiran Tilawah al Quran
9.00 - 10.00 Family time
10.00 - 11.00 Tidurkan anak2 (kadang2 tertidur)

Selain Sabtu & Ahad,

Berapa lama dalam sehari teman spent masa bersama anak2 n isteri? berada di jalan raya? bersosial n bermasyarakat? boleh membaca n manulis thesis MA.

Anda bagaimana?Mcm mana yg jadikan rutin ini "luar biasa"

Tuesday, August 19, 2008

Aku kesepian..

Salam..

Teman betul2 kesepian sejak semalam (18/8/08). Nur Kasih kursus seminggu kat IPIS Bangi.'Teman2 ketawa' dah berhijrah dari kolej.Teman yg masih kekal 'EL' la pulak. Kebiasaannya sebelum kelas, teman akan bersarapan sambil 'update' isu semasa kolej.Tp sejak pagi semalam, tiada siapa yang boleh di ajak sarapan.Akibatnya teman postponed sarapan ke lunch time.

Waktu lunch, terus menuju ke staff lounge dengan andaian ada rakan2 lain. Hampa buat kali kedua kerana tiada siapa.Hampir selesai makan, muncul Amir Rashidi (SBS) join makan sambil menonton buletin 1.30. Terubat sikit hati yg 'lonely'.

Petangnya, selepas solat,teman punch out dan pulang untuk ambik anak kat rumah babby sitter. Dalam kereta, teman sebak bila perhatikan wajah kedua2 hero teman. "Kesian anak2 abi".Masuk je MMR2 jalan jem teruk sangat. Tak tahu puncanya.Setibanya depan Giant Bt Caves, tiba2 Amirul ajak singgah. Memandangkan jem + Ammar akan nangis nanti, teman pun singgah.First time datang Giant tanpa Nur Kasih.

Teman tiba rumah jam 7.50. selepas teman solat maghrib. teman suap anak2 makan nasi kuah sup daging sambil dengar Buletin Utama. Nur Kasih sempat menatap wajah anak2 melalui vedio call. Tu pun 2 minit je coz dia ada kelas 8-10 malam. Amirul sakat adik pulak. Teman marah la dia tapi pujuk sambil justify kenapa teman marah. Jam 10 malam, Ammar gosok mata tandanya nak tidur. Selepas bancuhkan susu,kami pun masuk tidur.Amirul sakat adik dia lagi. Kene marah lagi. Tiba2 dia cakap"Abi,jom abi umi". Dia terasa kot. Teman terus peluk dia sambil menahan sebak..Rupa2nya dia tak nak tidor. Teman ajak dia main badminton dalam bilik lain. Ada improvement. Amirul berjaya memukul bulu tangkis. Teman bangga dengan dia. Pastu baru la dia tidur. Pas solat Isyak teman ingat nak membaca tapi memikirkan si adik akan 'mangganggu' tidur teman malam ni, maka teman pun tidur selepas berbual melepaskan rindu ngan Nur Kasih.

Sepi la...

Monday, August 18, 2008

Balik Teluk Intan..

Salam Sya'ban.
Sabtu lepas (16/6/08) teman balik Teluk Intan.Cousin teman kawin.'Lawan'nya org KL, keje Exxon mobil.Cousin teman keje kat Shell. Teman agak diorang ni jumpa kat pelantar kot. Kalau tak pun kat stesen minyak kot. So teman gelar diorang ni 'pasangan orang minyak'.
Setelah selesai majlis, teman bawak Amirul jalan2 pekan Teluk Intan tengok Menara Condong, Batu Bertenggek dan pelantar nelayan (tepi Sg. Perak.).Lagi pun bonda nak tengok kain langsir untuk majlis pertunangan adik teman (lepas raya ni).Nur Kasih x ikut coz Ammar tidur kepenatan.Teman singgah kat pelantar dengan niat nak cari lokasi cincin mak intan yg jatuh kat tepi Sg Perak.Tetap tak berjaya.Punya la seronok Si Mirul bila pelantar bergoyang apabila bot nelayan lalu. "Abi, abang nak mandi bole?"Teman jawab"bole tapi abang tak bawak pelampung kan?, bahaya la bang". Akhirnya Amirul akur.
Sambil menunggu bonda memborong kat pasar malam,teman sempat bersembang dengan brother2 nelayan yg tengah berehat selepas mengharungi arus sungai.Teman 'refresh' beberapa dialek Perak. Antaranya ialah Ngigo (mengigau), hanco (hancur), polih meren (polis merin),tak sior (tak mahu), sekor (seorang) dll.
Teman sempat tanya mengenai kesahihan kisah Mak Intan. Mereka mengiyakannya. Selepas itu "deme"(them) sentuh isu harga diesel sampai la ke isu permit untuk convert bangunan jadi sarang burung layang2. Semuanya memberi pandangan negatif mereka terhadap pihak berkuasa tempatan. Memang teman nampak sebuah bangunan usang di seberang sungai yang di jadikan sarang burung layang2. Menurut deme lesen tersebut dikeluarkan kepada seorang taukeh berbangsa Cina. Deme kata ada lagi satu kat rumah kedai di sebuah pekan kecil dalam daerah yang sama.Teman bertindak sebagai pemerhati je. Selepas 10 minit teman pun beredar.Teman tahu, itu hanyalah sekadar tajuk untuk bertemu sesama mereka.
Yang penting teman rasa best balik kampung. Amirul kata"Nak balik Tolok Intan bole bi?

Wednesday, August 13, 2008

Asal usul Teluk Intan

Riwayat 1
Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini tukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.

Riwayat 2

Nama asalnya Teluk Mak Intan.Seorang gadis bernama Intan dari sebuah keluarga keturunan Sumatera yang berpengaruh. Bapanya berulang-alik dari Sumatera ke sini untuk berniaga kain batik. Gadis ini mandi di tebing Sungai Perak bersama-sama rakan-rakannya. Cincin pemberian ibunya telah tenggelam dan lenyap di dalam lubuk Sungai Perak. Sejak itu diberi nama Teluk Mak Intan . Kemudiannya Telok Mak Intan telah di tukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu...Wallahu a'lam.