Friday, October 10, 2008

Istana Udara MAS









Salam Jumaat semua.

Tadi teman membelek majalah "Anjung Seri" sambil menunggu giliran ke kaunter.Teman bank in duit raya anak2 dan isteri. Teman nsk berjinak2 ngan Anjung Seri coz nak cari idea nak design interior rumah Setia Alam.Al maklum la, baru dapat kunci rumah baru, he.

Apabila teman turn to page 34, teman nampak gambar2 kat atas (gambar hiasan). malah lebih cantik dari itu di ruang dalaman pesawat MASTAR. MASTAR ni milik MAS, harga dia tidak dinyatakan pulak. Kepada individu atau syarikat yg berminat, sewanya RM27,000 sejam. (tu pada 2000) Almarhum Yang Di Pertuan Agong Tuanku Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempat menaiki jet ni ke Sukan Olympic Sydney 2000.Ini semua adalah idea Tan Sri Tajuddin Ramli, mantan Pengerusi MAS
Teman takjub la. Ada duit semua jalankan?Teman harap cukup la sebuah je pesawat tu. Teman risau takut2 tidak di pakai dan di maintain. Membazir dan Bahaya. Teman tak nak jadi saudara Syaitan. Teman tak nak letak diri di dalam situasi yg bahaya dan boleh membinasakan teman sekeluarga. Wal 'iyazu billahi min zalik.Amin.

Thursday, October 9, 2008

Mana Yang Lain?


Semalam (8/10/08), teman berkesempatan solat Maghrib di surau. Semenjak Isnin (6/8/08), teman teringin nak solat Maghrib di surau tapi demi menegakkan sunnah rasul SAW,teman dan Nur Kasih di rumah je selepas berbuka puasa (puasa 6).
Setibanya di pintu surau, teman hanya 3 jemaah sahaja yang kelihatan. Mana yang lain?Selepas solat sunat, tuan bilal meninjau ke luar surau. Namun hanya 5 orang jemaah yang sudi bersama kami.Mana yang lain?Selepas Iqamah, tuan imam melewatkan langkah ke sejadah. Mungkin masih menaruh harapan makmum lain akan datang selepas mendengar iqamah.Sangkaan si imam meleset. Mana yang lain? Tidak semeriah bulan Ramadhan yang lalu. Saf jemaah bersambung hingga ke luar corridor surau. Kaum Hawa dan kanak2 turut hadir mengimarahkan surau.Selepas Syawal menjelang, mana yang lain?

Teman teringat antara tanda2 Akhirat menjelang ialah makmum semakin berkurangan masjid yang besar nan indah. Nabi SAW pernah bersabda "Allahummahdi qaumi fainnahum la ya' lamun". Mana yang lain?